Pages

Friday, January 21, 2011

Khasiat Bio Omega 3 untuk Kesihatan





Assalamualaikum semua,
Posting kali ini saya akan menampilkan produk USANA Bio Omega 3.
Omega-3 telah lama diketahui sebagai pencegah kanser, untuk menurunkan berat badan dan bahkan mampu merawat kemurungan.

Berikut ini penerangan secara ringkas bagaimana Omega 3 minyak ikan berfungsi.
Sebagaimana anda maklum, keradangan ( inflamation) adalah punca semua penyakit kronik. Jika punca keradangan dapat dicegah, maka risiko terkena penyakit kronik akan dikurangkan secara drastik. Omega 3 pada minyak ikan telah lama diketahui mengandungi bahan anti keradangan.
Banyak kajian mutakhir menunjukkan Omega 3 mampu bertindak menghalang enzim yang menjadi punca keradangan. Malah Omega 3 pada minyak ikan juga didapati mengaktifkan hormon yang membantu tubuh menurunkan tahap keradangan.
Selain membantu mencegah keradangan minyak ikan juga akan membuat sel lebih elastik dan fleksibel. Sel yang elastik amat penting kerana sel yang kurang elastik lebih mudah menghadapi masalah seperti pengerasan arteri atau kesakitan pada sambungan sendi ( sakit sendi). Ini kerana bahagian luar
lapisan sel sebahagian besarnya terdiri dari lemak. Jika itu lapisan lemak terdiri daripada "lemak jahat" seperti lemak tepu dan trans fat maka sel tersebut akan menjadi keras, sebaliknya jika ianya terdiri daripada “lemak baik” seperti ianya menjadi fleksibel dan elastik.
Selain itu minyak ikan juga telah terbukti mampu berfungsi sebagai pembakar lemak. Banyak kajian memberi keputusan secara konsisten bahawa minyak ikan membakar lemak tanpa meninggalkan kesan sampingan yang tak diingini. Satu kajian yang pernah diterbitkan dalam American Journal of Clinical mendapati pengambilan minyak ikan dan bersukan mampu meningkatkan kadar pembakaran lemak sehingga tiga kali ganda berbanding mereka yang hanya bersukan tanpa mengambil minyak ikan. Penyelidikan yang lain pula menunjukkan Omega 3 menghalang enzim yang memyebabkan tubuh menyimpan lemak.
Satu lagi kelebihan Omega 3 minyak ikan ialah menurunkan kolesterol dalam darah. Umum mengetahui bahawa Triglycerides adalah jenis lemak di dalam darah yang bertanggungjawab meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung ( cardiovascular). Omega 3 di dalam minyak ikan telah terbukti mampu menurunkan paras Triglycerides dalam darah sekaligus menurunkan paras kolesterol.
Selain membakar lemak dan menurunkan kolesterol satu kajian lain juga mendapati Omega 3 pada minyak ikan mampu mengurangkan kemurungan. Omega 3 didapati mampu membuatkan sel- sel otak berfungsi dengan lebih baik seterusnya menghilangkan simpton- simpton kemurungan. Sebagaimana omega 3 membuatkan sel tubuh fleksibel ianya juga membantu sel otak berfungsi menghasilkan lebih banyak hormon yang membuatkan anda lebih tenang. Hasilnya ialah mood yang lebih baik, mengurangkan kebimbangan dan juga kemurungan.
Satu hasil kajian yang diterbitkan oleh Archives of General Psychiatry melaporkan 64 pesakit kemurungan menunjukkan kesan pemulihan yang amat menggalakkan setelah diberikan minyak ikan.
Jelas bahwa minyak ikan mampu menawarkan pelbagai kelebihan. Namun untuk mendapatkan manfaat omega-3 ada beberapa panduan penting perlu diikuti. Pastikan produk yang diambil selamat, halal dan terbukti keberkesanannya. Pakar- pakar pemakanan umumnya mengsyorkan pengambilan tambahan Omega 3 untuk menampung kekurangan asid lemak Omega 3 daripada diet harian kita.
Berikut ini dinyatakan beberapa kelebihan produk Usana Bio-Omega 3 berbanding jenama- jenama lain dipasaran:
  1. Sumber diperolehi daripada ikan air sejuk yang secara semulajadi kaya dengan asid lemak Omega 3.
  2. Usana Bio Omega 3 dikilangkan dengan teknologi tercanggih “double molecullar distillation” demi memastikan ianya bebas daripada pencemaran disamping memelihara keasliannya. Proses ini juga memastikan semua logam berat, PCB dan sisa toksik organik disisihkan. Usana BioOmega 3 tidak mengandungi trans fatty acid.
  3. Walaupun menjalani proses penyulingan namun Usana Bio Omega 3 tetap mengekalkan kandungan vitamin D. Setiap kapsul Usana Bio Omega 3 mengandungi 200IU vitamin D.
  4. Diadunkan dengan limau untuk menghilangkan rasa hanyir ikan.

Seperti biasa saya menawarkan produk Usana Bio Omega 3 pada harga ahli iaitu RM 89.00 sebotol. Setiap botol mengandungi 56 biji softgel yang mudah ditelan. Setiap biji softgel 1000 mg mengandungi 600mg total Omega 3, 290mg EPA dan 235mg DHA.
Untuk memesan anda boleh meng- SMS atau email saya menggunakan nombor dan alamat yang tertera di blog ini. Kos penghantaran  RM 10.00 Semenanjung Malaysia dan RM 12.00 untuk Sabah Sarawak. Jika kos sebenar melebihi kadar jangkaan, pembeli akan dimaklumkan sebelum penghantaran dibuat. 
Oleh kerana kami hanya beroperasi separuh masa penghantaran biasanya hanya  akan dibuat pada hari Sabtu setiap minggu.