Pages

Friday, January 21, 2011

Khasiat Bio Omega 3 untuk Kesihatan





Assalamualaikum semua,
Posting kali ini saya akan menampilkan produk USANA Bio Omega 3.
Omega-3 telah lama diketahui sebagai pencegah kanser, untuk menurunkan berat badan dan bahkan mampu merawat kemurungan.

Berikut ini penerangan secara ringkas bagaimana Omega 3 minyak ikan berfungsi.
Sebagaimana anda maklum, keradangan ( inflamation) adalah punca semua penyakit kronik. Jika punca keradangan dapat dicegah, maka risiko terkena penyakit kronik akan dikurangkan secara drastik. Omega 3 pada minyak ikan telah lama diketahui mengandungi bahan anti keradangan.
Banyak kajian mutakhir menunjukkan Omega 3 mampu bertindak menghalang enzim yang menjadi punca keradangan. Malah Omega 3 pada minyak ikan juga didapati mengaktifkan hormon yang membantu tubuh menurunkan tahap keradangan.
Selain membantu mencegah keradangan minyak ikan juga akan membuat sel lebih elastik dan fleksibel. Sel yang elastik amat penting kerana sel yang kurang elastik lebih mudah menghadapi masalah seperti pengerasan arteri atau kesakitan pada sambungan sendi ( sakit sendi). Ini kerana bahagian luar
lapisan sel sebahagian besarnya terdiri dari lemak. Jika itu lapisan lemak terdiri daripada "lemak jahat" seperti lemak tepu dan trans fat maka sel tersebut akan menjadi keras, sebaliknya jika ianya terdiri daripada “lemak baik” seperti ianya menjadi fleksibel dan elastik.
Selain itu minyak ikan juga telah terbukti mampu berfungsi sebagai pembakar lemak. Banyak kajian memberi keputusan secara konsisten bahawa minyak ikan membakar lemak tanpa meninggalkan kesan sampingan yang tak diingini. Satu kajian yang pernah diterbitkan dalam American Journal of Clinical mendapati pengambilan minyak ikan dan bersukan mampu meningkatkan kadar pembakaran lemak sehingga tiga kali ganda berbanding mereka yang hanya bersukan tanpa mengambil minyak ikan. Penyelidikan yang lain pula menunjukkan Omega 3 menghalang enzim yang memyebabkan tubuh menyimpan lemak.
Satu lagi kelebihan Omega 3 minyak ikan ialah menurunkan kolesterol dalam darah. Umum mengetahui bahawa Triglycerides adalah jenis lemak di dalam darah yang bertanggungjawab meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung ( cardiovascular). Omega 3 di dalam minyak ikan telah terbukti mampu menurunkan paras Triglycerides dalam darah sekaligus menurunkan paras kolesterol.
Selain membakar lemak dan menurunkan kolesterol satu kajian lain juga mendapati Omega 3 pada minyak ikan mampu mengurangkan kemurungan. Omega 3 didapati mampu membuatkan sel- sel otak berfungsi dengan lebih baik seterusnya menghilangkan simpton- simpton kemurungan. Sebagaimana omega 3 membuatkan sel tubuh fleksibel ianya juga membantu sel otak berfungsi menghasilkan lebih banyak hormon yang membuatkan anda lebih tenang. Hasilnya ialah mood yang lebih baik, mengurangkan kebimbangan dan juga kemurungan.
Satu hasil kajian yang diterbitkan oleh Archives of General Psychiatry melaporkan 64 pesakit kemurungan menunjukkan kesan pemulihan yang amat menggalakkan setelah diberikan minyak ikan.
Jelas bahwa minyak ikan mampu menawarkan pelbagai kelebihan. Namun untuk mendapatkan manfaat omega-3 ada beberapa panduan penting perlu diikuti. Pastikan produk yang diambil selamat, halal dan terbukti keberkesanannya. Pakar- pakar pemakanan umumnya mengsyorkan pengambilan tambahan Omega 3 untuk menampung kekurangan asid lemak Omega 3 daripada diet harian kita.
Berikut ini dinyatakan beberapa kelebihan produk Usana Bio-Omega 3 berbanding jenama- jenama lain dipasaran:
  1. Sumber diperolehi daripada ikan air sejuk yang secara semulajadi kaya dengan asid lemak Omega 3.
  2. Usana Bio Omega 3 dikilangkan dengan teknologi tercanggih “double molecullar distillation” demi memastikan ianya bebas daripada pencemaran disamping memelihara keasliannya. Proses ini juga memastikan semua logam berat, PCB dan sisa toksik organik disisihkan. Usana BioOmega 3 tidak mengandungi trans fatty acid.
  3. Walaupun menjalani proses penyulingan namun Usana Bio Omega 3 tetap mengekalkan kandungan vitamin D. Setiap kapsul Usana Bio Omega 3 mengandungi 200IU vitamin D.
  4. Diadunkan dengan limau untuk menghilangkan rasa hanyir ikan.

Seperti biasa saya menawarkan produk Usana Bio Omega 3 pada harga ahli iaitu RM 89.00 sebotol. Setiap botol mengandungi 56 biji softgel yang mudah ditelan. Setiap biji softgel 1000 mg mengandungi 600mg total Omega 3, 290mg EPA dan 235mg DHA.
Untuk memesan anda boleh meng- SMS atau email saya menggunakan nombor dan alamat yang tertera di blog ini. Kos penghantaran  RM 10.00 Semenanjung Malaysia dan RM 12.00 untuk Sabah Sarawak. Jika kos sebenar melebihi kadar jangkaan, pembeli akan dimaklumkan sebelum penghantaran dibuat. 
Oleh kerana kami hanya beroperasi separuh masa penghantaran biasanya hanya  akan dibuat pada hari Sabtu setiap minggu.  

Sunday, January 9, 2011

Senarai Harga Produk USANA di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Posting kali ini saya menampilkan senarai harga produk usana di Malaysia. Senarai ini boleh didapati daripada laman rasmi usana Malaysia iaitu www.usana.com.my . Kepada pengunjug blog ini suka saya memaklumkan bahawa saya akan berusaha supaya dapat menjualkan produk ini kepada anda pada harga ahli termasuk juga bagi mereka yang kali pertama ingin membeli produk usana.
Saya jelaskan sekali lagi anda boleh membeli daripada saya pada harga ahli tanpa perlu menjadi ahli. Saya berpendapat amat penting bagi anda semua untuk mencuba dan rasakan kesannya sendiri. Sekiranya anda berpuashati dengan hasilnya ( expected result) dan bercadang untuk terus menggunakan produk ini barulah mendaftar sebagai ahli.
Sejujurnya saya berpendapat sebaik mana suatu produk, kesan ( result) keatas setiap individu tetap berbeza ini kerana setiap orang diciptakan unik. masalah ataupun expectation setiap orang juga berlainan.
Saya sedia membantu anda mencadangkan produk Usana yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Sekiranya anda berminat untuk maklumat lengkap senarai penyakit dan kaedah rawatan atau pemulihan menggunakan produk Usana sila email saya di lan.mflan@gmail.com . Senarai ini merupakan panduan yang telah disediakan oleh doktor panel Usana.
Begitu juga sekiranya anda ada apa- apa kemusykilan berkenaan keahlian Usana. Silalah hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Sekian dahulu kali ini.



Tuesday, November 16, 2010

Usana Cellular Nutrient Supplements

Tahukah anda dalam satu kajian epidiemologi yang telah dijalankan ke atas sejumlah besar sample menunjukkan suatu persamaan dimana individu yang memiliki kandungan antioksidan yang tinggi di dalam tubuh mereka berupaya mengurangkan risiko serangan penyakit degenerative seperti kanser, penyakit jantung, diabetis bahkan Alzheimer sehingga 2- 3 kali ganda berbanding mereka yang rendah kandungan antioksidannya.

Ini hanya boleh dicapai jika anda mampu memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur- sayuran segar yang mengandungi sejumlah besar antioksidan. Oleh yang demikian sekiranya anda telah disahkan mengidap penyakit seperti jantung, kanser atau pernyakit degeneratif lain, lazimnya doktor akan menasihati supaya memakan lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan segar sekurang- kurangnya 8 hingga 12 hidangan setiap hari.

Perkara terbaik seterusnya yang anda boleh lakukan ialah pengambilan supplemen bermutu tinggi, lengkap dan seimbang yang dapat membekalkan “cellular nutrient”.

“Cellular nurient” ditakrifkan sebagai menyediakan SEMUA mikronutrien kepada sel- sel tubuh pada tahap yang optimum. Ianya telah terbukti memberikan manfaat kesihatan sebagaimana dibuktikan dalam semua kajian perubatan. Dengan kata lain supplemen anda mestilah seimbang dan lengkap seperti diet yang sihat.Realiti kehidupan hari ini di mana kita tinggal di persekitaran yang tercemar, gaya hidup penuh stress dan pengunaan ubat- ubatan secara berlebihan tidak memungkinkan kita memperoleh bekalan nutrien yang lengkap daripada sumber diet sahaja.

Konsep pengambilan supplemen “ cellular nutrient” secara teratur telah terbukti dalam kajian- kajian perubatan menunjukkan ianya dapat membina sistem imunisasi tubuh, meningkatkan sistem antioksidan dan sistem pemulihan tubuh.

Produk kesihatan USANA seperti Usana Essential, Bio Omega3 dan Active Calcium adalah produk- produk “ cellular nutrient”. Pengambilan secara teratur Usana Essential, Bio Omega 3 dan Active Calcium akan melengkapkan kekurangan nutrien dalam sistem sel tubuh anda. Anda tidak perlu bimbang lagi tentang masalah kekurangan nutrien kerana kombinasi produk ini sememangnya telah lengkap. Malahan selepas pengambilan berterusan selama 6 bulan paras nutrien dalam tubuh anda akan berada pada paras paling optima. Hasilnya ialah kesihatan yang jauh lebih baik, malahan dalam kebanyakan kes simpton penyakit- penyakit kronik akan berkurangan atau sembuh sama sekali.

Jelas sekali bahawa konsep supplemen “ cellular nutrient” ialah tentang menjadi sihat secara semulajadi dengan membekalkan tubuh anda supplement yang terbaik pada kadar yang tepat untuk membolehkan tubuh berfungsi pada tahap optima. Dalam perkara ini USANA menjamin bahawa produk- produk mereka dibuat menepati piawaian “ pharmaceutical grade” yang paling ketat untuk memastikan bahawa setiap produk adalah lengkap dan seimbang. Produk yang lengkap dan seimbang akan membolehkan anda memperoleh faedah “ cellular nutrient” dengan lebih mudah.

Kesimpulannya setiap individu baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak perlu sekurang- kurangnya mengamalkan kombinasi diet yang sihat, bersenam secara teratur dan mengambil “cellular nutrient” supplement supaya terhindar daripada penyakit kronik degeneratif. Bahkan sekiranya anda telahpun mengidapi penyakit- penyakit degeneratif pengambilan “ cellular nutrient” supplemen seperti Usana Essential, Bio Omega 3 dan Active Calcium tetap memberikan manfaat.








Usana Essential Set







Usana Bio Omega 3








Usana Active Calcium


PS:

Jangan bertangguh lagi untuk mendapatkan produk USANA. Ianya telah berada di pasaran USA selama 18 tahun dan di Malaysia semenjak 3 tahun lepas (2007). Produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM dan pengesahan halal. Produk Usana juga bebas kandungan dadah dimana ianya telah digunakan oleh atlit- atlit handalan di USA. Di Malaysia produk Usana digunakan oleh skuad badminton dan lumba basikal negara.

Harga jualan runcit untuk produk kesihatan Usana adalah seperti berikut:

  1. Usana Essential: RM 230.00 harga promosi RM 175.00 sahaja
  2. Usana Bio Omega 3: RM 114.00 harga promosi RM 85.00 sahaja.
  3. Usana Active Calcium: RM 97.00 harga promosi RM 73.00 sahaja.

Sila sms saya Fouzi di talian 012 2159532 atau email di lan.mflan@gmail.com untuk keterangan lanjut. Sebarang pertanyaan berkenaan produk, pembelian produk dan juga peluang perniagaan amat dialu-alukan.







Sunday, November 14, 2010

USANA Essential Set




Usana Essential Set didatangkan dalam dua pek yang terdiri daripada Mega Antioksidan dan Chelated Mineral. Kombinasi keduanya menghasilkan set lengkap multivitamin, antioksidan, trace mineral dan co-factor yang amat diperlukan oleh tubuh setiap individu dewasa bagi mencapai kesihatan yang paling optima.


Tidak Semua Produk Kesihatan ( Supplements) Serupa.

Tanya diri anda setiap kali anda ke farmasi untuk membeli bekalan produk kesihatan. Adakah setiap Ringgit dan sen yang dibelanjakan benar-benar berbaloi. Adakah produk yang anda makan memenuhi kriteria berikut:
1. Lengkap- Sedikit setiap nutrien adalah lebih baik daripada satu atau dua nutrien sahaja
2. Seimbang- Kombinasi pelbagai nutrien lebih cekap berbanding nutrien didatangkan berasingan.
3. Berkesan- Dos terlalu tinggi memudaratkan tetapi terlampau rendah tidak mendatangkan kesan
4. Bio-available- Apa yang boleh diserap oleh badan apa yang dibuang
5. Selamat- Paling penting produk tersebut mesti dijamin selamat.

Usana Essential ( Mega Antioksidan dan Chelated Mineral) mengandungi lebih daripada 40 jenis nutrien seperti vitamin-vitamin dan cofactor yang diperlukan untuk kesihatan yang terbaik bagi jangka masa panjang kepada setiap dewasa. Menggnakan ramuan yang terselamat dalam bentuk semulajadi.
- Mengandungi kandungan penuh antioksidan komprehensif memberikan perlindungan penuh kepada sistem badan daripada tekanan oksidatif (oxidative stress), memperbaiki sistem imun, menggalakkan kesihatan kordiovaskular, memperbaikan dan menumbuh semula sel-sel yang rosak.
- Memerangi sel-sel organisma rosak yang disebabkan oleh redikal bebas.
- Mengekalkan metabolisme glukosa yang sihat dan memberi kita peluang mengelakkan penyakit kronik seperti serangan jantung, kanser, diabetik dan sebagainya.
- Essential memberikan asas kepada sistem makanan kesihatan USANA.Penambahan optimizer lain boleh digunakan untuk keperluan individu masing-masing.



Ingat!!! setiap tahun lebih 100,000 kes- kes baru serangan jantung didaftarkan di hospital-hospital kerajaan seluruh Malaysia. Angka ini tidak temasuk penyakit kronik degenerative yang lain seperti kanser, diabetis, hypertension, COPD dan sebagainya. Saya dan anda tidak terkecuali melainkan jika kita benar -benar mengamalkan gaya hidup sihat seperti diet yang seimbang dan lengkap, bersenam secara teratur dan mengambil nutrisi tambahan. Jangan bertangguh lagi keputusan di tangan anda. Anda boleh memilih untuk menunggu hingga diserang penyakit kronik atau mengambil langkah pencegahan dengan mengambil nutrisi seperti produk kesihatan usana secara konsisten. Kos langsung ( direct cost) untuk rawatan coronary bypass dianggarkan RM 20,000.00 tetapi satu set Essential hanya berharga RM 175.00. Sekiranya anda mengambil 12 set Usana Essential setahun kos anda hanya RM 2000.00 iaitu 10% daripada kos pembedahan. Fikirkanlah keputusan ditangan anda.


Best of Success

Fouzi Lan 0122159532

P.S.-
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk USANA atau sekadar hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi atau sms di talian 012 2159532. Anda juga boleh mengunjungi facebook saya Fouzi Lan untuk menghantar pesanan.
Harga jualan runcit untuk produk Usana Essential ialah RM 233.00 untuk dua botol. Walaubagaimanapun kami sedang mengadakan promosi jualan dan menawarkan harga ahli iaitu RM 175.00 sahaja.